6 Mar 2013

Perubahan pada borang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Untuk makluman, terdapat sedikit perubahan pada Part 3:Technical Requirements, Part 4: Static Event Regulations dan Part 5: Dynamic Event Regulations.

Perubahan-perubahan tersebut boleh didapati pada Supplementary Specifications (Amendment 1) dan boleh dimuat turun dari bahagian Rules & Regulations.

Borang penyertaan dan contoh Assessment Form untuk Static Event dan Dynamic Event boleh dimuat turun dari bahagian Download.

Harap maklum.

27 Feb 2013

Pertandingan Perlumbaan Formula UniMAP 2013

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Untuk makluman, Pertandingan Perlumbaan Formula UniMAP 2013 akan diadakan julung-julung kalinya seperti berikut:

Tarikh: 13 - 15 September 2013
Tempat: Litar Antarabangsa UniMAP dan PPK Mekatronik, Kampus Pauh Putra, Arau, Perlis.

Surat jemputan dan borang penyertaan akan diedarkan dalam masa terdekat.

Harap maklum. Terima Kasih.

22 Nov 2012

Tarikh Formula UniMAP 2013

Assalamulaikum dan Salam 1Malaysia..

Untuk makluman, Formula UniMAP 2013 dijangka akan dilangsungkan pada bulan September 2013. Walau bagaimanapun, pihak penganjur sedang menunggu kelulusan dari pihak atasan UniMAP berhubung tarikh ini.

Gambaran rekabentuk litar yang sedang dibangunkan oleh UniMAP boleh dilihat dalam halaman CIRCUIT.

Diharap para peserta yang berminat untuk menyertai perlumbaan ini akan sentiasa mengikuti perkembangan penganjuran melalui blog ini.

Harap maklum.

23 Oct 2012

Penangguhan Formula UniMAP 2013


Assalamulaikum dan Salam 1Malaysia..

Untuk makluman, Formula UniMAP 2013 yang dirancang penganjurannya pada bulan Februari 2013 akan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Sebab penangguhan ini adalah disebabkan pembinaan litar UniMAP dijangka akan siap pada bulan April 2013.

Spesifikasi untuk perlumbaan Formula UniMAP 2013 telah dimuat naik ke blog ini. Ia boleh dimuat turun di halaman Rules & Regulations.

Pihak penganjur memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi. Sila lawati blog ini untuk maklumat terkini. Harap maklum.



1 Apr 2012

Makluman

Assalamualaikum,

Untuk perhatian:

Perlumbaan kereta yang akan dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis dengan kerjasama Kelab Sukan Motor Perlis akan dikenali sebagai Formula UniMAP 2013 dan dijangka akan berlangsung pada bulan Februari 2013.

Pertukaran tarikh perlumbaan ini adalah atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Spesifikasi Teknikal untuk kereta lumba akan dimuat naik ke blog ini dalam masa terdekat.

Harap maklum.