9 May 2013

MESYUARAT PENGURUS PASUKAN

MESYUARAT PENGURUS PASUKAN


Assalamulaikum & Salam Sejahtera,

Pihak penganjur Formula UniMAP 2013 akan mengadakan satu mesyuarat pengurus pasukan seperti berikut:

Tarikh: 23 Mei 2013 (Khamis)
Masa: 10 pagi - 5 petang
Tempat: Auditorium Utama Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra,
             Kampus Pauh Putra,
             Universiti Malaysia Perlis,
             02600 Arau, Perlis.

Antara agenda utama mesyuarat ini adalah:
1. Penjelasan tentang spesifisikasi teknikal
2. Penjelasan tentang perjalanan perlumbaan
3. Lawatan ke Litar UniMAP

Dengan pihak kami amat berbesar hati untuk menjemput pihak Tuan untuk menghadiri mesyuarat ini. Dilampirkan juga surat jemputan rasmi dari pihak kami.

Di samping itu, pihak kami juga ingin mewujudkan satu akaun Facebook bagi penganjuran ini. Diharap pihak Tuan dapat memberi ID atau emel Facebook supaya memudahkan penyebaran maklumat terkini dan komunikasi antara pihak penganjur dan pihak Tuan.

Kerjasama dan perhatian pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

4 comments:

Unknown said...

Salam....borang jemputan boleh didapatkan di mana?

Formula UniMAP 2013 said...

salam..kami telah menghantar surat jemputan melalui emel..kalau belum terima, tolong emelkan emel tuan, no telefon dan institusi tuan ke unimap.uniart@gmail.com..kami akan emel secepat mungkin..terima kasih.

Unknown said...

salam....untuk makluman pihak kami baru menerima email daripada pihak tuan. jutaan terima kasih.

mycadcae said...

DESIGN CAR CAD, ANALYSIS CAE...
WWW.facebook.com/mycadnik.draftingdesign