10 Sept 2013

Peringatan Kepada Setiap Peserta

Pihak penganjur berharap agar para peserta dalam membawa FIRE EXTINGUISHER masing-masing untuk kegunaan di dalam PADDOCK.

Sekian. Harap maklum.

Tentatif baru Formula UniMAP 2013


Untuk makluman setiap peserta, acara HEAT telah digantikan dengan acara MANEUVER. Jumlah pemarkahan adalah sama seperti sebelum ini.



Sekian. Harap maklum.

5 Sept 2013

Senarai Peserta Pertandingan di Formula UniMAP 2013

Senarai peserta yang akan bertanding di Formula UniMAP 2013

1. IKM Tan Sri Yahaya Ahmad, Pekan, Pahang        - G4 Putra TSYA
2. IKM Tan Sri Yahaya Ahmad, Pekan, Pahang        - G5 Putra TSYA
3. IKM Sg. Petani - IKM SP Racing Team 1
4. IKM Sg. Petani - IKM SP Racing Team 2
5. IKM Sg. Petani - IKM SP Racing Team 3
6. Kolej Komuniti Jempol - JCC Sport
7. UniMAP - GDM-CEGeoGTech Racing Team
8. Politeknik Seberang Perai - PSP Motorsports
9. GIATMARA MALAYSIA - GMG Racing Northern Team
10. GIATMARA MALAYSIA - GMG Racing Eastern Team
11. ILP Perai - ILP Perai Racing Team
12. Politeknik Sultan Muadzam Shah - PMS Automech Racing
13. Politeknik Sultanah Bahiyah, Kulim - Hornet
14. Universiti Malaysia Pahang - UMP Racing Team
15. TATI UNIVERSITY COLLEGE        - TATIUC RACING TEAM
16. TATI UNIVERSITY COLLEGE - TATIUC RACING TEAM 2
17. Karpagam University, India - Team Asthraa
18. IKM Beseri - BAM's
19. IKM Beseri - BIM's
20. UniMAP - UniART 1
21. UniMAP - UniART 2
22. KK Bandar Darul Aman
23. KKTM Masjid Tanah - Long Kyle Racing Team
24. ILP Kangar      
25. Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah, Kuantan

Sekian. Harap maklum.

Tempahan Asrama UniMAP

Kepada para peserta yang ingin menempah asrama UniMAP, boleh memaklumkan kepada pihak Sekretariat Formula UniMAP 2013.

Asrama yang disediakan adalah berdekatan dengan Kampus Pauh Putra, UniMAP. Asrama terletak berdekatan dengan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Putra, Arau, Perlis. Jarak perjalanan dari asrama ke Litar UniMAP adalah 5 minit.

Kadar bayaran adalah RM15/orang sehari.

Sekian. Harap  maklum.

4 Jul 2013

Lanjutan Tarikh Pendaftaran dan Pembayaran Yuran

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pihak penganjur telah melanjutkan tarikh pendaftaran dan pembayaran yuran sehingga 31 OGOS 2013.

Sekian Terima Kasih. Harap maklum.

13 Jun 2013

Perubahan pada borang - 2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Untuk makluman, terdapat sedikit perubahan pada Supplementary Specifications (Amendment 2) yang boleh dimuat turun dari bahagian Rules & Regulations.


Harap maklum.

Butiran Pembayaran

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Pihak penganjur telah menetapkan jumlah pembayaran yang perlu dibuat seperti berikut:-

1. Yuran penyertaan - RM 1000
2. Pembayaran lesen, insurans & medical check-up - RM 200 untuk setiap pemandu (driver)


Pembayaran boleh dibuat ke:-


1) Local Transaction:-

Account Name: Bendahari Universiti Malaysia Perlis
Account No.: 09010001234710
Bank Name: Bank Muamalat Malaysia Bhd.
Full Addess: Jabatan Bendahari,
                   D/A Bangunan TNB Lama,
                   Persiaran Jubli Emas,
                   01000 Kangar, Perlis.




2) For Foreign Transaction- payment Telegraphic Transfer (TT)

Account Name: Bendahari Universiti Malaysia Perlis
Account No.: 09010001234710
Bank Name: Bank Muamalat Malaysia Bhd.
Swift Code: BMMBMYKL
Bank’s Full Address:  Bank Muamalat Malaysia Bhd.
                               Kangar Branch,
                               No. 11& 13, Bangunan PKENPs,
                               Jalan Bukit Lagi,
                               01000 Kangar, Perlis.


Setiap pembayaran perlu disertakan dengan bukti pembayaran.
Bukti pembayaran perlu diberikan kepada pihak penganjur melalui fax atau emel.
Fax: 04-9885167
Emel: unimap.uniart@gmail.com

9 May 2013

MESYUARAT PENGURUS PASUKAN

MESYUARAT PENGURUS PASUKAN


Assalamulaikum & Salam Sejahtera,

Pihak penganjur Formula UniMAP 2013 akan mengadakan satu mesyuarat pengurus pasukan seperti berikut:

Tarikh: 23 Mei 2013 (Khamis)
Masa: 10 pagi - 5 petang
Tempat: Auditorium Utama Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra,
             Kampus Pauh Putra,
             Universiti Malaysia Perlis,
             02600 Arau, Perlis.

Antara agenda utama mesyuarat ini adalah:
1. Penjelasan tentang spesifisikasi teknikal
2. Penjelasan tentang perjalanan perlumbaan
3. Lawatan ke Litar UniMAP

Dengan pihak kami amat berbesar hati untuk menjemput pihak Tuan untuk menghadiri mesyuarat ini. Dilampirkan juga surat jemputan rasmi dari pihak kami.

Di samping itu, pihak kami juga ingin mewujudkan satu akaun Facebook bagi penganjuran ini. Diharap pihak Tuan dapat memberi ID atau emel Facebook supaya memudahkan penyebaran maklumat terkini dan komunikasi antara pihak penganjur dan pihak Tuan.

Kerjasama dan perhatian pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

6 Mar 2013

Perubahan pada borang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Untuk makluman, terdapat sedikit perubahan pada Part 3:Technical Requirements, Part 4: Static Event Regulations dan Part 5: Dynamic Event Regulations.

Perubahan-perubahan tersebut boleh didapati pada Supplementary Specifications (Amendment 1) dan boleh dimuat turun dari bahagian Rules & Regulations.

Borang penyertaan dan contoh Assessment Form untuk Static Event dan Dynamic Event boleh dimuat turun dari bahagian Download.

Harap maklum.

27 Feb 2013

Pertandingan Perlumbaan Formula UniMAP 2013

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Untuk makluman, Pertandingan Perlumbaan Formula UniMAP 2013 akan diadakan julung-julung kalinya seperti berikut:

Tarikh: 13 - 15 September 2013
Tempat: Litar Antarabangsa UniMAP dan PPK Mekatronik, Kampus Pauh Putra, Arau, Perlis.

Surat jemputan dan borang penyertaan akan diedarkan dalam masa terdekat.

Harap maklum. Terima Kasih.

22 Nov 2012

Tarikh Formula UniMAP 2013

Assalamulaikum dan Salam 1Malaysia..

Untuk makluman, Formula UniMAP 2013 dijangka akan dilangsungkan pada bulan September 2013. Walau bagaimanapun, pihak penganjur sedang menunggu kelulusan dari pihak atasan UniMAP berhubung tarikh ini.

Gambaran rekabentuk litar yang sedang dibangunkan oleh UniMAP boleh dilihat dalam halaman CIRCUIT.

Diharap para peserta yang berminat untuk menyertai perlumbaan ini akan sentiasa mengikuti perkembangan penganjuran melalui blog ini.

Harap maklum.

23 Oct 2012

Penangguhan Formula UniMAP 2013


Assalamulaikum dan Salam 1Malaysia..

Untuk makluman, Formula UniMAP 2013 yang dirancang penganjurannya pada bulan Februari 2013 akan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Sebab penangguhan ini adalah disebabkan pembinaan litar UniMAP dijangka akan siap pada bulan April 2013.

Spesifikasi untuk perlumbaan Formula UniMAP 2013 telah dimuat naik ke blog ini. Ia boleh dimuat turun di halaman Rules & Regulations.

Pihak penganjur memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi. Sila lawati blog ini untuk maklumat terkini. Harap maklum.



1 Apr 2012

Makluman

Assalamualaikum,

Untuk perhatian:

Perlumbaan kereta yang akan dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis dengan kerjasama Kelab Sukan Motor Perlis akan dikenali sebagai Formula UniMAP 2013 dan dijangka akan berlangsung pada bulan Februari 2013.

Pertukaran tarikh perlumbaan ini adalah atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Spesifikasi Teknikal untuk kereta lumba akan dimuat naik ke blog ini dalam masa terdekat.

Harap maklum.

9 Mar 2012

Berita Harian Online | UNIMAP pertaruh UniART1 di Melaka


Oleh Ahmad Fayadh Abdul Manap
bhvarsiti@bharian.com.my
2010/10/07

UNIVERSITI Malaysia Perlis (UNIMAP) mempertaruhkan kereta lumba rekaannya, UniART1 menyertai `Formula Varsity Race 2010' anjuran Universiti Teknikal Melaka (UTEM) yang akan berlangsung di Melaka International Motor Circuit (MIMC), Melaka selama dua hari bermula 8 Oktober ini (esok).
Naib Canselor UNIMAP, Brig Jen Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin, berkata penyertaan itu adalah yang pertama pada pertandingan seumpamanya.
“Kereta lumba ini dibangunkan ahli Automotive Racing Team (ART) yang terdiri daripada pelajar tahun dua dan tiga dengan bimbingan tenaga pengajar Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik.
“Projek pembangunan UniART1 bermula April lalu dan saya berbangga kerana usaha ini menjadi kenyataan,” katanya ketika ditemui selepas program penyerahan bendera kepada kontinjen ART pada Majlis Senamrobik bersama Naib Canselor di Kangar, baru-baru ini. 

Formula Varsity Race 2010’ adalah pertandingan peringkat antarabangsa yang memerlukan pelajar merekabentuk dan menghasilkan kereta lumba satu tempat duduk bagi tujuan perlumbaan.
Pertandingan disertai lebih 20 pasukan dari 16 institut pengajian tinggi awam dan swasta seluruh negara.
Aktiviti bertujuan menyediakan platform untuk mahasiswa mempraktikkan pengetahuan teknikal dan kemahiran yang mereka pelajari. 

Ketua pasukan ART, Muammar Zuhri Zakaria, berkata sebagai pelajar dia bangga kerana diberikan kepercayaan untuk mengetuai pasukan ini.
“Saya berharap UniART1 membawa tuah buat UNIMAP dan kami akan melakukan yang terbaik untuk mencapai kejayaan kerana kebanyakan pasukan hebat dan pesertanya berpengalaman luas.
“Selain semangat berpasukan yang tinggi, kami juga membuat perancangan teliti kerana bukan mudah mengendalikan UniART1 tambahan lagi, ia kali pertama menyertainya,” katanya. 

Berita Harian Online | UNIMAP pertaruh UniART1 di Melaka